Friday, 30 November 2018

PAKK UPSI

Hai semua !

Harini iqah nak share satu topik ni. Pasal course yang iqah ambil dekat UPSI. Bila sebut PAKK mesti orang yang tak biasa dengar akan tanya course apa tu. PAKK ni sebenarnya refer kepada Pendidikan Awal Kanak-Kanak atau Early Childhood Education.

Dekat Upsi ni , course ni merupakan satu-satunya bidang pendidikan bagi tahap diploma di UPSI. Wow gituh haha. So sem 1 dah kena belajar mengajar apa semua. Sem 2 ada lect yang panggil kita cikgu. Bila study terasa semangat acentu. Tapi tak semua orang yang apply course ni ada cita-cita nak mengajar di Tadika or Taska. Ada yang dah tetapkan dalam goals dia nak pegang jawatan lagi tinggi macam pegawai atasan Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, nak jadi pakar psikologi kanak-kanak, nak hasilkan buku or bahan bantu mengajar dalam bidang kanak-kanak and etc.

Tapi sebagai langkah pertama diorang sebelum proceed to degree and phD tu mestilah ambil diploma dulu. Fyi, dalam apply UPU after SPM dulu, course ni iqah letak sebagai pilihan pertama. Sebenarnya since pt3 lagi iqah dah ada azam nak masuk Upsi lepas SPM sebab umi iqah nak sangat tengok iqah jadi warga pendidik. Nak masuk IPG, interview kedua tak lepas pulak.

Iqah sebenarnya sangat-sangat tak suka pasal budak-budak ni. Tapi lepas SPM iqah teringin sangat nak kerja, umi abah cuma benarkan kalau iqah kerja di Tadika atau tolong umi mengajar budak-budak mengaji. Jadi lepas SPM iqah mengajar dekat satu Tadika ni . Weekend iqah mengajar budak sekolah rendah tusyen. Jadi lama-lama iqah dah boleh adapt dengan budak-budak. Since tu terasa nak apply course ni.

Tapi, tak semua orang senang dengan course ni. Bila nak amik keputusan untuk accept tawaran Upsi, memang ramai lah yang kata, result gempak kenapa tak amik course engineering ke masuk matriks ke , amik PAKK keluar kena jaga budak. Hahahahaha pemikiran apakah ini? So malam tu iqah ikut gerak hati and decide nak proceed je dengan course ni. Alhamdulillah sekarang ni iqah dah Sem 2 dekat Upsi dengan course ni.

Untuk sape-sape yang ragu-ragu dengan course PAKK, sumpah dik sis cakap course ni best gilaaaa. Tapi sape ckp tak stress. Dah nama pun study mestilah stres. Tapi kita enjoy je. Course ni berat jugak sebab ada teori and amali jangan ingat nak ajar budak ni senang tau.

One more thing nak share, untuk course ni senang je nak grab pointer tinggi. Dekan pun easy measy. Kalau korang upgrade lagi study tu dekan first class depan mata je. Asal kau usaha ar. Senang jugak gagal kalau takde movement apa-apa an. Sem 1 iqah alhamdulillah boek je. Struggle auu korang. Kat Uni ni senang je kalau korang rajin. Apa-apa pun pilihan korang, just proceed sebab apa yang korang akan hadapi tu benda dekat depan korang. Bukan yang dah lepas. Apapun iqah support:)

Boleh lah korang target nak grab pointer mana.

Result korang mesti boleh lagi gempak atas usaha dengan doa insyaa Allah :)

Saturday, 23 June 2018

HOW TO OVERCOME "YOURSELF"?

Assalammualaikum . Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah im here. Saya masih di sini. Banyak sangat Allah bagi peluang. Banyak sangat peluang. Nak hidup, Allah bagi udara. Takde had. Takyah bayar. Bila kau sedih, Allah turunkan hujan memang sealiran dengan duka kita. Bila kau bergembira, tidakkah kau sedar Allah yang bagi sinar harapan menyinari hari-hari kau? Siapa yang beri kalau bukan PenciptaMu? Terlalu banyak nikmat yang telah Allah beri tetapi teramat sangat sedikit yang sudah kau syukuri.
MAKA NIKMAT ALLAH MANA LAGI YANG KAU DUSTAKAN? (Ar-Rahman)

How to overcome YOURSELF?
Why must "yourself"? Yes why "yourself" iqah? Kenapa iqah tekan kan "yourself"? Okay bismillah di sini iqah akan terangkan. Biasanya orang nak overcome apa? Fear? Nervous? Yes. Tapi tu semua datang dari diri kita sendiri. Ask yourself gais

Faham dah kan? Antara tips iqah nak bagi ialah, tolong sangat-sangat kenal diri sendiri tu macam mana. Itu yang penting. Kenal pasti kelemahan, kelebihan diri sendiri. Iqah sendiri dalam proses mengenal diri sendiri. Iqah mengaku susah sangat nak kenal. Bukan senang tau. Tapi kalau boleh, kalau nak berjaya, awak smua memang perlu untuk kenal diri sendiri. Penting .

Bila dah tahu kelemahan dan kelebihan sangat senang nak tentukan hala tuju awak semua. Yang kelebihan tu boleh dijadikan bonus dan tiket untuk awak teruskan kehidupan. Sebab itu yang Allah telah tetapkan untuk awak. Syukur. Kalau kelemahan tu , awak boleh fight untuk kelemahan awak. Jangan anggap kelemahan awak satu badluck untuk awak. Anggaplah kelemahan tu adalah salah satu kelengkapan dalam kehidupan awak. Macam mana? Keep positive.

Keep positive? How? Awak perasan tak kalau awak fikir negatif, yang buruk lah awak dapat. In the end of the day, mood awak yang swing. Stress . Depression. Cuba awak fikir positif. In SyaaAllah positif lah yang awak dapat. Andai kata, awak dah fikir positif, but still perkara buruk yang menimpa awak. Percayalah awak masih akan dapat betapa manisnya berfikiran positif. Ingat eh , kalau awak di uji, betapa berat mana sekalipun, sentuh dada pejam mata, ingat dalam hati "Allah takkan menguji hambaNya di luar batas kemampuan hambaNya kerana Allah mengetahui mana yang terbaik".

Teks ni menunjukkan betapa pentingnya awak handle diri awak. Sebab awak sendiri yang akan menempuh hidup awak. Bukan orang lain. But if u get some depression and stress, first please refer to Allah. Solah, Zikr, Quran. Seterusnya, tolong cari orang disekeliling yang awak cukup selesa. Tak semua benda kita boleh cerita tapi tak semua benda jugak kita boleh pendam.

"Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka" (Ar-Ra'd)

Ya Akhi, Ya Ukhti,
Everyone wants to be happy, nobody wants to be in pain, but u can't have a rainbow without any rain.
Hasbunallah wa ni'mal wakiil (cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung) - Ali Imran