Saturday, 30 September 2017

BAHAYA PARVO CIK MEOW

Assalamualaikum semua. Baru-baru ni iqah kena hadap satu ujian yang dianggap besar dalam hidup iqah. Bagi catlovers, mesti sakitkan rasa bila dapat tahu kucing kesayangan kita dah takde? Allahu, hanya Allah sahaja yang tahu macam mana rasanya. In fact, iqah tak tahu langsung kucing iqah ni sakit apa. Tiba-tiba tak bermaya, murung, tak nak main, tak nak makan. Iqah ingat tu something yang biasa berlaku mungkin sebab perubahan mood dia mungkin. Tapi lepas 3 hari dia dah takde. Keadaan dia pergi memang menyakitkan. Iqah tak mampu nak bayangkan lagi. Tapi bila tengok gambar dia, mulalah teringat saat-saat dia pergi tu. Mashaa Allah. :'( .

Sangat sedih sebab yang mati ni anak Ren. Ren ni ada 4 anak. 2 iqah bagi kat kawan. lagi 2 stay dengan iqah. before this, ada 5 ekor anak kucing yang mati dekat luar rumah, mati tiba-tiba , dengan mulut keluar airliur yang melekit tu. Busuknya mashaallah hanya Allah je yang tahu. esoknya anak ren yang seekor tu (Stitch), demam. Iqah dapat detect pun masa sebelum pergi sekolah. Iqah tengok dia duduk atas katil tu lain macam. Bentuk dia duduk tu dalam keadaan bulat. Macam kucing tgh sejuk lah. Pastu dia tak nak makan, tak nak main. Even dia taknak makan, iqah paksa jugak sbb utk bagi tenaga. Perkara tu berlanjutan sampai 3 hari and then dia pergi. Masa tu lagi sekor anak Ren (Kitty) pun kena penyakit tu. Masa tu, Kitty dah sakit 2 hari. Sepanjang minggu tu memang nangis je kerja.

Kitorang decide nak bawa kitty pergi vet. Mintaklah tolong kawan kakak iqah bawakkan kitorg pergi vet dengan Kitty sbb masa tu kereta abah iqah rosak. Memang ujian sungguh.
Sampai je vet, doktor kata ,"adik pernah dengar tentang virus parvo tak?" Masa tu memang nak mengalir air mata sebab iqah pernah baca pasal parvo virus dekat blog-blog lain. Memang seksa penyakitnya.

Doktor bagi 2 suntik jarum antibiotik dengan ubat tahan muntah. Sebab doktor kata parvo yg jenis makan muntah, cirit birit tu paling teruk. Kitty takdelah sampai tahap tu lagi masa tu. Doktor bagi ubat pil energy booster, imune booster dengan ubat demam sbb masa tu dia demam sekali. Pastu doktor tu pun ada cakap, " dik, Kitty ni boleh tahan sampai malam ni je, Kalau dia dapat tahan pun, paling tak besok pagi. Adik kena redha lah eh." Allahu, masa tu iqah betul-betul redha lah mampu. Dah tak tahu nk buat apa. Doktor pesan balik nanti paksa dia minum air kelapa muda. Sebab bagus katanya. Advanced sikit, nak ckp , bila kucing demam, jangan bagi ubat sebarangan. Panadol jgn cuba-cuba bagi. Sebab boleh sempitkan ruang pernafasan dia.

Balik tu, Iqah bancuh makanan kucing sakit yang iqah beli kat vet. Pastu suap jugak dia makan, plus dengan air kelapa muda yang iqah beli. Setiap dua jam, iqah jaga makan dia. Jangan lmbat bagi makan pulak. Dia sakit , jagalah betul2. Walaupun dah takde harapan, kita boleh cuba berbakti sebelum dia pergi, kan? Lepas je dia balik vet, memang nyawa-nyawa ikan je. Suara dia pun macam tgh hadap sakaratul maut . Masa tu memang doa utk didik hati ni tabah lah.

Iqah menghadap je dia malam tu. Still sama tapi masih bernyawa. Iqah jaga dia konsisten, seminggu. Ehem , SEMINGGU DAH. Betul lah, Kun Fa Ya Kun. Bila Allah kata jadi, maka jadilah. Alhamdulillah dengan kuasa Allah sekarang dah sebulan lebih Kitty hidup lepas kena virus parvo tu. Makin gemuk dan sihat pulak. Mashaa allah. Tapi sedihlah sebab dia selalu mengeow malam2 cari partner dia yg dah takde tu. Apa pun, Alhamdulillah. Percaya lah pada Allah. La Tah Zan. Allah ada bersama kita :)



 



Apa Itu Parvo? 


> sejenis virus yg sangat kecil dan degil, sangat membahayakan kucing dan boleh mengundang maut kerana tiada ‘ubat khas’ untuk mengubatinya jika dijangkiti.
> mudah merebak dan menjangkiti kucing lain jika berlaku penularan, ia boleh membunuh keseluruhan kucing yg ada satu demi satu.
> kucing boleh mati secara mengejut tanpa tanda-tanda jelas.
> serangan terhadap pertahanan tubuh, sel darah putih, terutama lapisan sistem penghadaman.

Pencegahan

> Boleh dicegah jika kucing mempunyai daya imun yg tinggi (Jangan lupa vaksin kucing masa kecik)

 Tanda-Tanda


> Muntah-muntah (air/buih)
>  Lembab/basah sekitar mulut
> Cirit-birit teruk (kekuningan, berbau busuk/hanyir serta berdarah sedikit)
> Tidak makan 
> Murung
> Demam panas melampau/suhu badan tidak menentu
Lemah dan tidak bermaya 
> Kucing akan sentiasa dahaga, biasanya akan berada disekitar sumber air macam  tandas/bilik air (Kucing iqah suka menghadap muka dia kat bekas air dia tapi tak miunum)
> Air liur bau busuk dan berlendir

Rawatan

> Parvo sebenarnya tiada ubat atau rawatan, akan tetapi boleh berikan immune booster kerana Parvo menyerang sistem imun/pertahanan badan.
 > Jika kucing nampak murung, bawa ke Vet dengan segera. sekiranya jangkitan masih di peringkat awal, peluang untuk survive agak tinggi.
> Kalau dah rasa terlambat, usaha dan tawakal lah kepada Allah kerana Dia yang berkehendak ke atas sesiapa yang dikehendakiNya.
> Makan dan minum kucing tu mesti beri untuk tenaga.(Aiir glukose atau air gula kalau dia susah nak makan) Kalau dikesan penyakit ni atau demam, cepat-cepatlah cari air kelapa muda. (Saya syorkan)



INGAT!

Jika salah seekor kucing dijangkiti virus ini, seluruh kawasan rumah dan semua perkakas termasuk sangkar, bekas makanan/minuman,  dll perlu dibersihkan dgn Clorox untuk membunuh virus . Lantai apa semua tolonglah mop dengan Clorox.
> Sebelum sentuh kucing sihat, basuh tangan betul-betul.
> Kalau ada kucing yang dikesan tak sihat, tolong asingkan cepat-cepat sebab takut berjangkit. Penyakit ni boleh merebak dengan udara tau.


Semoga bermanfaat Inshaa Allah :)






3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kalau manusia terkena cakaran kucing ngidap parvovirus ni mcm mna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum lynn. Maaf ye. baru ada masa nak bukak blogger. sebab busy final exam. haritu. bagi pengalaman saya,takjadi apa pun sbb ada kena jugak cakar dengan kucing2ni. tapi okay je. kalau luka tu rawat mcm biasa lah ye. Lagi satu, iqah pergi vet haritu, doktor ada kata parvo virus ni takkan berjangkit dengan manusia.

      Delete